Wednesday, August 13, 2014

Sultan Selangor perkenan pemecatan 5 Exco

SHAH ALAM 13 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pemecatan lima Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.
Abdul Khalid dalam sidang akhbar hari ini mengesahkan menerima surat daripada Sultan Selangor berkaitan perkara itu, bagaimanapun kedudukan Rodziah Ismail (PKR) belum ditentukan kerana beliau masih berada di luar negara.
Beliau turut menunjukkan surat tersebut kepada media dalam sidang akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment